Saturday, August 29, 2009 

Menyelesaikan masalah Wireless Atheros tidak hidup / hilang selepas install Windows 7

Salam,

Saya telah berhadapan dengan masalah Wifi pada Aspire One model AOA150 tiba-tiba lampunya tidak nyala, Wirelessnya pula tidak hidup. Malah, driver wirelessnya telah diremove oleh Windows 7 secara tiba-tiba ekoran dari hilangnya device adapter dari laptop tersebut. Tetapi sebenarnya Adapter Wireless Atheros itu ok aje. Ini cuma masalah driver. Apabila nak install driver balik, akan keluar mesej macam ni di skrin :

"device may not present or could not have been ejected/unplugged from the system insert or reinsert now"

Ok, solusinya macam ni:

1. Korang kena download dan install salah satu daripada driver latest ini :

 DOWNLOAD ACER Wireless_Atheros_v.7.6.0.264.zip

atau

DOWNLOAD TOSHIBA Atheros Wireless LAN Adapter Vista (32/64) 7.7.0.288.0

( driver dari Toshiba ini berfungsi bila saya cuba selesaikan masalah ini )

2. Ketika anda install driver dari Acer, anda akan mengalami banyak mesej bermasalah terutamanya TIADA DEVICE ADAPTER. Tetapi apabila anda install Toshiba punya, tiada masalah berlaku. Ok je.

3. INI PENYELESAIANNYA: ANDA TEKAN BUTTON POWER LAMA2 KETIKA LAPTOP MASIH HIDUP...SEHINGGALAH LAPTOP TU OFF. TUNGGU SEHINGGA 5 MINIT.

4. Onkan kembali laptop anda, saya yakin Wifi anda dah menyala kembali !!!

Labels: , , , , , ,

Wednesday, March 28, 2007 

Aku bercakap tentang Zuhud (bhgn 3)

Sehubungan dengan itu, hendaklah manusia berhati-hati :



Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah mengutus Abu Ubaidah Ibnul-Jarrah ke Bahrain untuk menagih pajak penduduk. Kemudian ia kembali dari Bahrain dengan membawa harta yang banyak. Kedatangan kembali Abu Ubaidah itu terdengar oleh sahabat-sahabat Ansar, maka mereka solat subuh bersama Rasulullah dan selesai solat mereka menghadap Rasulullah, lalu Nabi tersenyum melihat mereka sambil bersabda : “Mungkin kalian telah mendengar kedatangan Abu Ubaidah dengan membawa harta yang banyak ?” Jawab mereka : “Benar ya Rasulullah!” Bersabda Nabi s.a.w.: Sambutlah khabar baik dan selalu berharapan baik untuk mencapai semua harapanmu. Demi Allah bukan kemiskinan yang saya sangat khuatirkan atas kamu, tetapi saya khuatir kalau terdampar luas kepadamu dunia ini, sebagaimana telah terdampar pada orang-orang dahulukala, kemudian kamu berlumba-lumba seperti mereka, sehingga kalian binasa seperti mereka pula.”

Dalam suatu kesempatan, Nabi berada di mimbar sementara para sahabat duduk di sekelilingnya, beliau bersabda : “Sesungguhnya di antara yang saya khuatirkan atas kamu sepeninggalanku nanti, ialah terbuka lebarnya kemewahan dan keindahan dunia ini pada kamu.”

Pada masa lain dikemukakan : Dunia ini sedap dan indah. Allah akan menyerahkan kepengurusannya kepada kamu, dan Dia akan melihat betapa perbuatanmu. Maka berhati-hatilah kamu dari godaan dunia dan hati-hatilah kamu dari godaan wanita. Demikian menurut Muslim.

Menurut Tarmizi, Nabi pernah bersabda : Jangan membuat tempat timbunan kekayaan yang akan menyebabkan kamu cinta pada dunia. Setiap umat mempunyai ujian, dan ujian umatku ialah kekayaan harta benda.

Labels: , , , , , ,

Tuesday, March 27, 2007 

Aku bercakap tentang Zuhud (bhgn 2)

Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda :



Menolak ketamakan harta benda



Prinsip zuhud dengan menolak dikuasai harta benda, tidak rakus kepada kemewahan dan kemegahan duniawi ditegaskan dalam Al-Quran:

Labels: , , , , ,

 

Aku bercakap tentang Zuhud (bhgn 1)


Suatu cara hidup yang dipilih oleh orang-orang yang cenderung bertaqarrub kepada Allah ialah zuhud.
Menurut lughah, zuhud bererti : kurang kemahuan kepada sesuatu
Dalam istilah, ada beberapa pengertian yang dikemukakan oleh ahli-ahli tasawuf antara lain :

* Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya
* Membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan akhirat.
* Hati tidak mempedulikan kekosongan tangan.
* Membelanjakan apa yang dimiliki dan tidak mengharapkan apa yang didapat.
* Tidak menyesal atas apa yang tidak ada dan tidak bergembira dengan apa yang ada.

Tetapi apabila kita memperhatikan semangat syariat Islam, maka di antara pengertian itu ada yang tidak tepat. Islam tidak mengharuskan manusia menolak kesenangan sama sekali dan tidak mengharuskan hidup menderita. Apabila nikmat itu diberikan Allah, maka hendaklah diterima dengan segala kesyukuran, tidak rakus dan tidak meremehkannya.
Nikmat-nikmat Allah hendaklah diterima dengan menyerahkannya kepada taqarrub kehidupan dunia mempunyai nilai khas yang patut disyukuri dan bagai ladang mempersiapkan bekal untuk alam baqa.
Kerana itu, maka zuhud bila diertikan sesuai dengan semangat syariat Islam dapat diformulasikan sebagai berikut :

* Menghindari perbudakan harta benda
* Tidak rakus terhadap kemewahan duniawi
* Menerima nikmat Allah dengan qana’ah
* Cenderung dan mengutamakan ganjaran pahala akhirat
* Memilih hidup sederhana kerana percaya bahawa khazanah rezeki yang tidak terkira ada di tangan Allah, rajin bekerja dan berderma, sabar, menjauhi syubahat dan tidak meminta-minta.

Wednesday, December 06, 2006 

Sufi



Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Sunday, November 12, 2006 

Mekacehh =)



Terima kasih kepada Encik Azrul Hisham Ikmal Ahmad Abdullah Ireans kerana telah byk membantu diriku dalam beberapa minggu ni.. Jasamu akan ku kenang.. Worait.

Friday, September 08, 2006 

Hidup mesti terus



Kebelakangan ni kesihatan makin tidak menentu. Ubat dan air tawar bacaan ayat² suci Kitab Suci Al-Quran inilah menjadi teman setia 24 jam. Bergantung kepada sesuatu utk terus menyambung hidup. Walaupun sukar, sakit, tensen, namun hidup mesti terus. Tuhan, jangan ambil nyawaku dulu.

Wednesday, June 14, 2006 

Semangat

Hari ini aku rasakan sangat tidak bersemangat. Sejak balik dari Johor, aku banyak termenung.. Entahlah. Rungsing, risau. Hati tidak begitu tenang. Seakan moody, tapi tidak.

Aku tahu aku risaukan seseorang itu. Tapi betul, aku bukan ahli keluarga atau saudara mara dia.. kadang2 kita tak dapat capai solution bagi sesuatu masalah dalam keluarga orang lain. Dalam hal ini, langsung aku adalah orang luar. Asing seasing2nya. Kalau dia mendengar cadangan aku tu, aku rasa tidak akan timbul byk masalah. Budget dan segalanya aku dah sediakan. Hanya perlukan keizinan dari mak ayah dia je. Tapi, disebabkan power of orang asing itu lebih dari segala2nya, maka cadangan aku tidak akan dimasukkan dalam pilihan terakhir pun. Kadang2 aku rasa temper pada diri, tidak dapat lakukan apa2 utk mengubah benda yang akan berlaku ni. Bagaimana ye rasa, dah tahu benda tu akan berlaku, tapi still x dpt buat apa2.

Namun, aku serahkan segalanya pada Tuhan. Aku dah buat yang termampu, terserahlah pada Allah. Dia lebih tahu dari aku. Innallaha Maa'na. Tawakkal dan doa biar seiring. Kejayaan bukan selalu menjadi milik kita. Kadang2 kita akan jatuh, jatuh lagi dan terus jatuh. Sampai tidak terdaya lagi utk bangun. Tapi jika dihalusi, semakin jatuh..semakin Allah nak kita ingat pada Dia, mohon keampunan dan doa lagi kat Dia.

Walau apapun, aku berharap dia tabah menghadapi semua ini. Suratan takdir. Hanya Allah mampu mengubahnya melalui doa tulus seorang hamba.