Cerpen Yg Akan Dibikin Komik
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya di perpustakaan
pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel
& buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah
novel yang ada tertulis nama & alamat seorang
gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada
si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu
menulis surat untuk memberitahu niat ingin
berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari
kemudian si jejaka mendapat balasan daripada
gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan
dengan si jejaka.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan.
Persahabatan mula bertukar kepada perasaan
sayang. Namun begitu masing-masing masih
belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si
gadis dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun
kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-
masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di
hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala
tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka
amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan
panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang
padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat
nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan
membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku
akan mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan malam dan
bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah
mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka
pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis
tinggal sambil memegang bunga di tangan.
Dilihatnya seorang demi seorang gadis yanglalu
sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang
agak berisi dan dudukdi kerusi roda sambil melihat
sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat
sebelah... sebelah lagi tangannya memegang
sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si
jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan
dirimenghampiri si gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan
tersenyum. Si jejakaterus menghulurkan bunga
mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."
sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga
ini kepadaku sebentartadi. Dia menyuruhku
memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu
kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka
ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada
rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap
berpegang kepada perasaan sayang walaupun
pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus
berfikir seperti dia...
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia
ini????
Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan
ikhlas.........