Wednesday, June 14, 2006 

Semangat

Hari ini aku rasakan sangat tidak bersemangat. Sejak balik dari Johor, aku banyak termenung.. Entahlah. Rungsing, risau. Hati tidak begitu tenang. Seakan moody, tapi tidak.

Aku tahu aku risaukan seseorang itu. Tapi betul, aku bukan ahli keluarga atau saudara mara dia.. kadang2 kita tak dapat capai solution bagi sesuatu masalah dalam keluarga orang lain. Dalam hal ini, langsung aku adalah orang luar. Asing seasing2nya. Kalau dia mendengar cadangan aku tu, aku rasa tidak akan timbul byk masalah. Budget dan segalanya aku dah sediakan. Hanya perlukan keizinan dari mak ayah dia je. Tapi, disebabkan power of orang asing itu lebih dari segala2nya, maka cadangan aku tidak akan dimasukkan dalam pilihan terakhir pun. Kadang2 aku rasa temper pada diri, tidak dapat lakukan apa2 utk mengubah benda yang akan berlaku ni. Bagaimana ye rasa, dah tahu benda tu akan berlaku, tapi still x dpt buat apa2.

Namun, aku serahkan segalanya pada Tuhan. Aku dah buat yang termampu, terserahlah pada Allah. Dia lebih tahu dari aku. Innallaha Maa'na. Tawakkal dan doa biar seiring. Kejayaan bukan selalu menjadi milik kita. Kadang2 kita akan jatuh, jatuh lagi dan terus jatuh. Sampai tidak terdaya lagi utk bangun. Tapi jika dihalusi, semakin jatuh..semakin Allah nak kita ingat pada Dia, mohon keampunan dan doa lagi kat Dia.

Walau apapun, aku berharap dia tabah menghadapi semua ini. Suratan takdir. Hanya Allah mampu mengubahnya melalui doa tulus seorang hamba.

Tuesday, June 06, 2006 

Taqwa dan takut

Ketika saya belajar dulu, ustaz saya menyebut secara selingan sahaja tentang kisah Mashitah yg mengeluarkan hukum 'halal zina darurat' yg dulu kecoh satu Malaya.. lalu beliau bercerita tentang Imam Malik yg hanya menjawab satu soalan persoalan agama apabila diajukan empat puluh soalan agama. Bila ditanya kenapa hanya satu? Beliau takut...takut hukum atau fatwa atau jawapan yg dikeluarkan dari mulut beliau akan tersalah, tetapi oleh kerana beliau terkenal..jika salah sekalipun, fatwa beliau tetap akan diguna pakai dan disandarkan pada beliau sehinggalah beliau sendiri memansuhkan dan menarik balik kenyataan beliau itu. Bygkan jika seseorang itu mempunyai jutaan pengikut, jika sejuta itu beramal dgn kenyataan yg dikeluarkan, dah sejuta kesalahan yg pasti si pengeluar sumber akan dikenakan oleh Tuhan. Bygkan dosa yg pasti akan ditanggung. Kenapa Imam Malik jawab satu je, sbb taqwa. Dan taqwa itu ialah takut, dan takut itu ialah takut kepada Allah, takut kepada azab dan seksaan Allah samada di akhirat atau dibalas di dunia terus.

Jika kita ragu2 dan tersalah dalam menaip kenyataan2 di internet atau di mana2 sahaja, sdgkan berjuta-juta yg membacanya...bayangkan natijah dan kesannya yg besar pada diri sendiri. Jadi, tanamlah sifat taqwa dalam setiap diri pembikin blog dan sbgnya..moga2 kita takut dlm mbuat salah. Samalah juga halnya jika kita adalah sumber pemberi ( uploader ) yg berupa lucah dan sbgnya, atau kita meletakkan gambar kita yg tidak bertudung, tak menutup aurat di khalayak internet utk tontonan kawan2 atau nak tunjuk cantik kononnya, semua itu kita kena fikir dosa yang kita akan dapat...bgmana kita nak tebus kembali sedangkan dah berjuta-juta orang yg melihat dan menilai serta tak kurang yg mengata dalam hati.. Semua ni takkan berlaku jika adanya 'taqwa' dlm diri.

 

Bicara agama : Mudah sangatkah?

Memang dah jadi satu trend sekarang ini, di internet yg canggih manggih nih;
tumbuh melata forum dan blog2 dakwah islamiyyah pada nama belum tentu pada amal/harakah.

Sana bicara agama, sini bicara agama. Lahirlah ulama' cyber, ustaz blog dan macam2 lagi la nama2 baru, hanya berlainan pada nama. Ulama' cyber yg gemar copy paste, yg gemar search google, yahoo dan mesin search engines mencari sumber2 hukum hakam agama, mencari hadis dan quotes2 menarik agar pembaca suke membaca apa yg ditaipnya.

Segalanya mudah, walhal tidak gemar menghabiskan masa berjam2 di perpustakaan mencari buku-buku, kitab2 yg ditulis oleh mereka-mereka yg tersohor. Kononnya, buat apa cari jalan susah..sedangkan internet menyenangkan jalan dakwah itu. Apa sahaja yg ditaip semuanya dinamakan 'atas jalan dakwah'...yaa...atas jalan Tuhan..padahal konsep dakwah itu sendiri tidak diterokai, sirah nabi perjalanan dakwah Rasul2 terang dan rahsia, rasul2 sblm Rasulullah saw..semuanya tak sampai suku yang habis.. Berapa rukun dakwah? Apa manhaj dakwah? Bagaimana berdakwah? Apa yg menjadikan ia fardhu ain, dan bgmana pula ia menjadi fardhu kifayah? Ah..siapa peduli kaji2 semua ni? Perlukah?

Padahal semua ini perlu! Sama spt agama, tanpa asasnya solat yang lima, maka runtuhlah agama bagaikan bangunan tidak bertiang. Bgtu juga jalan dakwah, tanpa asas dakwah yang kukuh..jika tidak meluangkan masa menelaah dan mempelajari asas dakwah dan makna sebenar dakwah itu, buatlah website , forum , blog dan apa sekalipun yang famous2.. belum tentu dakwah itu tercapai matlamatnya. Para penaip2 blog, penaip forums ; adakah gemar bertandang berjumpa guru2 agama, ustaz2 yg lebih tau, atau mengunjungi pondok2 agama ? Adakah kerap? Atau lebih suka menggunakan ijtihad dan ilmulkalam iaitu ilmu pemikiran sahaja, mana yg logik dan relevan diterima pakai? Dan menyatukan pendapat dengan beberapa potong ayat Quran dan Hadis, walhal tidak diteliti..tepatkah penggunaan ayat Quran itu di ayat itu, boleh ke Hadis ni diguna pada ayat ini.. Yaa...tangkap muat aje lah. Yg penting, ayat mantap?

Perjuangan dan dakwah atau apa2lah..tanpa asas, apa guna? Tanpa ilmu sejati, apa guna? Teliti diri, cacat cela kurang di mana...tampal2 dulu yg mana tak kena. Amal sikit, sampaikan sikit, amal lagi, sampaikan lagi..amal dan ilmu bersama2 bergerak. Tp saya tidak memboikot atau membenci penulis2 blog, forum dakwah Islamik, sbb apa yg baik itu semuanya dari Allah.