« Home | Sufi » | Mekacehh =) » | Hidup mesti terus » | Semangat » | Taqwa dan takut » | Bicara agama : Mudah sangatkah? » | Cerpen Yg Akan Dibikin Komik » 

Tuesday, March 27, 2007 

Aku bercakap tentang Zuhud (bhgn 1)


Suatu cara hidup yang dipilih oleh orang-orang yang cenderung bertaqarrub kepada Allah ialah zuhud.
Menurut lughah, zuhud bererti : kurang kemahuan kepada sesuatu
Dalam istilah, ada beberapa pengertian yang dikemukakan oleh ahli-ahli tasawuf antara lain :

* Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya
* Membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan akhirat.
* Hati tidak mempedulikan kekosongan tangan.
* Membelanjakan apa yang dimiliki dan tidak mengharapkan apa yang didapat.
* Tidak menyesal atas apa yang tidak ada dan tidak bergembira dengan apa yang ada.

Tetapi apabila kita memperhatikan semangat syariat Islam, maka di antara pengertian itu ada yang tidak tepat. Islam tidak mengharuskan manusia menolak kesenangan sama sekali dan tidak mengharuskan hidup menderita. Apabila nikmat itu diberikan Allah, maka hendaklah diterima dengan segala kesyukuran, tidak rakus dan tidak meremehkannya.
Nikmat-nikmat Allah hendaklah diterima dengan menyerahkannya kepada taqarrub kehidupan dunia mempunyai nilai khas yang patut disyukuri dan bagai ladang mempersiapkan bekal untuk alam baqa.
Kerana itu, maka zuhud bila diertikan sesuai dengan semangat syariat Islam dapat diformulasikan sebagai berikut :

* Menghindari perbudakan harta benda
* Tidak rakus terhadap kemewahan duniawi
* Menerima nikmat Allah dengan qana’ah
* Cenderung dan mengutamakan ganjaran pahala akhirat
* Memilih hidup sederhana kerana percaya bahawa khazanah rezeki yang tidak terkira ada di tangan Allah, rajin bekerja dan berderma, sabar, menjauhi syubahat dan tidak meminta-minta.

Post a Comment